Friday 16 March 2012

10 Cara Mohon Maaf

Sebagai manusia biasa, kita tidak pernah lari dari membuat kesilapan. Kecil atau besar kesilapan itu, seharusnya disulami dengan kata-kata maaf yang datang jauh dari lubuk hati yang paling dalam dan ikhlas. Namun begitu, masih ada segelintir pasangan yang begitu tegar dan ego untuk melontarkan ungkapan maaf. Apakah mereka sengaja tidak ingin memohon maaf? Jika benar begitu, it's everyting mengemukakan 10 cara mudah menghulurkan MAAF! Selamat mencuba...


  1. Masak makanan kegemarannya dan berikan kejutan dengan menghantar makanan tersebut terus ke rumahnya.
  2. Coklet boleh menenangkan. Hadiahkan kepadanya tanda kamu mohon maaf dan semoga si dia mampu tersenyum.
  3. Bawa si dia ke tempat yang tenang agar anda dapat memohon maaf dalam keadaan yang lebih selesa.
  4. Imbas segala kenangan manis yang pernah anda miliki bersama si dia. Pujuklah si dia agar memaafkan anda demi kenangan manis yang pernah tercipta.
  5. Kad ucapan yang tertulis 10 sebab mengapa si dia perlu memaafkan kamu. Perkara pertama yang harus ditulis ialah anda amat mengasihinya selagi tidak melanggar hukum syarak.
  6. Bagi yang agak romantik dan meminati muzik apa kata anda dedikasikan sebuah lagu untuknya pada siaran radio kegemarannya. Lebih hebat jika anda mampu mendendangkan sebuah lagu untuknya, tetapi harus sedap di dengar. Jangan sumbang pula suaranya.
  7. Hantarkan sejambak bunga ke rumah atau pejabatnya serta selitkan sekali kad ucapan yang ditulis dengan kata-kata indah untuk memujuknya.
  8. Hantarkan sekeping nota kata maaf dan sekuntum bunga dihadapan rumahnya di awal-awal pagi sebelum si dia keluar dari rumah. Pasti si dia lembut hati melihat kesungguhan anda memujuknya.
  9. Tidak perlu hadiah yang berharga atau kad tetapi dengan kata-kata maaf serta ikhlas boleh melunturkan kemarahan seseorang.
  10. Berjanjilah pada si dia seikhlas hati kamu agar kesilapan sama tidak akan diulang. Mulakan hubungan itu dengan sebaik mungkin.

Modal Cinta

Dalam dunia nie tidak ada yang percuma. Melafazkan cinta mungkin hanya perlu bermodalkan air liur, tetapi untuk membinanya perlu lebih dari itu. Walaupun dikatakan ia cinta sejati dan cinta sehidup semati, seseorang itu tetap perlukan modal. Belum ada benda yang percuma begitu sahaja. Segalanya memerlukan pengorbanan.

BIL TELEFON
Setiap pasangan harus berhubung antara satu sama lain. Jika sebelumnya bil anda setakat dua tiga puluh ringgit, tetapi sudah dilamun cinta bilnya naik berganda-ganda. Mungkin anda boleh berjimat dengan menggunakan surat walaupun cara ini kelihatan terlalu 'klasik'.

TAMBANG
Bagi yang tidak ada kenderaan sendiri, tambang bas, teksi, komuter, LRT, dan monorel pasti akan bertambah. Manakala yang ada kenderaan sendiri pula, pastinya duit minyak akan melambung naik. Maklumlah, susah hendak ditolak permintaan si dia yang gemar ke sana ke mari. Hanya ada satu cara untuk menjimatkan kos, iaitu jalan jalan kaki tetapi kalau dibuat selalu, selepas ini anda mungkin akan berjalan seorang diri!

MASA
Kalau dulu anda mungkin banyak masa terluang. Boleh lepak seorang diri atau dengan rakan yang lain. Tetapi, sekarang terpaksa sediakan masa untuk si dia pula. Nak temankan si dia beli-belah, menonton wayang, bersiar-siar dan sebagainya. Pasti memenatkan!

PAKAIAN
Anda terpaksa keluarkan lebih belanja untuk membeli pakaian baru. Si dia tentu tidak suka kalau anda kelihatan selekeh atau ala kadar sahaja. Tambah pening apabila si dia mahukan anda berpakaian mengikut cita rasanya yang tinggi. Lebih runsing apabila si dia meminta anda membelikan pakaian untuknya pula.

KOS MAKAN MINUM
Jika dulu anda cuma makan seorang, tetapi sekarang sudah menjadi dua orang. Maknanya bajet pun bertambah. Nak jimat? Anda bolehlah bayar asing-asing setiap kali makan bersama atau bawa sahaja bekal dari rumah setiap kali pergi dating. Sesekali dicuba pasti romantis!

HADIAH
Setiap kali hari jadi dan ulang tahun percintaan anda berdua, sudah pastinya anda terpaksa menyediakan hadiah untuknya. Kalau diberikan hadiah yang murah mungkin si dia kurang suka, tetapi hendak diberikan hadiah mahal tidak mampu rasanya. Adakalanya bukan setakat hadaih sahaja yang mahu disediakan, malah kena juga belanja di tempat yang istemewa. Sememangnya memerlukan belanja yang banyak.

5 Perkara Penting Dalam Bercinta

SATU
Sayangilah Si Dia Dengan Hati Bukan Dengan Perasaan
Jika anda melakukan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Tetapi jika anda meletakkan perhubungan itu berdasarkan hati maka dari situ akan lahirnya cinta dan sayang yang kekal abadi untuk selamanya.

DUA
Hormati Pendiriannya
Jangan sesekali anda merayu dan mencipta pelbagai alasan supaya si dia menerima cintamu. Biar pun sedalam mana sekalipun cinta anda padanya namun biarkan dia yang membuat keputusan. Sekiranya mendesak, apa yang akan anda dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati. Baik anda meraih cinta dari orang yang benar-benar menyayangi anda dan bukan hanya anda yang benar-benar mencintainya sedangkan si dia tidak rasa sayang dan cinta langsung terhadap anda. Sesungguhnya cinta pada yang Maha Esa harus melebihi segalanya.

TIGA
Menerima Si Dia Seadanya
Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentangnya kerana sekali kamu mengubah, selamanya kamu akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, kenapa boleh terpikat dengan dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia menjadi seseorang yang lain.

EMPAT
Elak Bersangka Buruk
Langkah paling bijak ialah meletakkan diri kamu ditempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika kamu sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia. Namun, andai ada yang mencurigakan berbincanglah secara baik dan jangan terus menuduh. Islam menggalakkan kita berbincang dan jangan cepat berprasangka buruk. Sentiasa bercakap berlandaskan bukti yang kukuh dan elakkan membesar-besarkan hal yang kecil.

LIMA
Hargai Pengorbanan
Sesungguhnya si dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, si dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna dari anda, namun demi cinta kerana Allah, si dia telah memilih anda. Oleh itu, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.


Sunday 11 March 2012

Personaliti Kasih Sayang Mengikut Bulan Kelahiran

JANUARI
- Mudah jatuh cinta.
- Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya
dikhianati.
- Pandai mengambil hati pasangannya.
- Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya.
- Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya.
- Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya
pasangannya cemburu terhadapnya.
- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.
- ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja

FEBRUARI
- Sukar untuk jatuh cinta .
- Amat hormat kepada pasangan.
- Amat suka memikat pasangan.
- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran (hanya pasangannya yang
tahu) .
- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.
- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.

MAC
- Mudah menawan hati pasangannya.
- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati.
- Sangat baik dalam menjaga perhubungan.
- Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
- Perasaan cemburu yang minima.
- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
- Mudah memilih pasangan ta npa berfikir dengan waras.
- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.

APRIL
- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta.
- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.
- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
- Sentiasa ingin diberi perhatian.
- Amat cemburu dalam perhubungan.
- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
- Romantik dan terlalu romantik.
- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.

MEI
- Amat mudah jatuh cinta.
- Baik dan jujur dalam perhubungan.
- Pandai menarik hati pasangan.
- Perasaan cinta yang mendalam.
- Mudah untuk di pujuk.
- Mudah menerima cinta seseorang.
- Pilihan yang tepat dalam berpasangan.
- Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.
- Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control @ King Control).
- Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.
- Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai
memperlihatkan.
- Ambil berat dalam menjaga hubungan.

JUN
- Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
- Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
- Cerewet dalam hubungan.
- Selalu beremosi.
- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.
- Elok untuk menjadi Ibu yang baik.
- Dahagakan pujian dari pasangan.

JULAI
- Amat sukar didampingi pasangan.
- Sukar dimengerti oleh pasangan.
- Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan.
- Amat mudah dipujuk dan berterus terang.
- Amat menghargai kesetiaan pasangan.
- Mengambil berat dan mengasihi pasangan
- Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai.
- Mudah terluka dan lambat untuk pulih.
- Suka merajuk dan dipujuk.
- Setia terhadap pasangan.
- Su ka mendengar dan tidak suka membantah.
- Cemburu terhadap pasangan.
- Suka menilai dan menjaga perhubungan.

OGOS
- Pandai memujuk pasangan
- Suka memimpin pasangan.
- Romantik, Pengasih dan Penyayang.
- Kelam kabut dalam perhubungan.
- Sangat sensitif .
- Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang berkenan.

SEPTEMBER
- Bersopan dalam hubungan.
- bertolak ansur terhadap pasangan.
- Suka mengkritik pasangan.
- Sangat prihatin terhadap pasangan.
- Sangat sensitif dan emosi.
- Pandai memahami pasangan.
- Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan.
- Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
- Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan.
- Pandai menyimpan perasaan.
- Suka berterus terang jika perkara itu tak disetujuinya.

OKTOBER
- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
- Sopan terhadap pasangan.
- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
- Mudah terluka hati sekiranya pasangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.
- Emosi yang mudah terusik.
- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.
- Cemburu dan terlalu cemburu.
- Romantik
- Memahami pasangan.

NOVEMBER
- Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.
- Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.
- Agak degil dan kuat pendirian.
- Mudah ambil berat terhadap pasangan.
- Emosi yang mendalam.
- Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.

DISEMBER
- Pemurah terhadap perhubungan
- Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.
- Tergesa-gesa dalam perhubungan
- Suka didampingi oleh pasangan.
- Benci bila dikongkong.
- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu.(Untuk Lelaki)
- Suka mempengaruhi pasangan.

 I am APRIL..=)
What's yours??