Saturday 28 January 2012

Doa Seorang Lelaki Soleh

YA ALLAH...

Jika aku bukan pemilik tulang rusuknya. . .
jangan biarkan aku merindukan kehadirannya..
jangan biarkan aku melabuhkan hati aku dihatinya..

Kikislah pesonanya dari pelupuk mataku..
dan jauhkan dia dari relung hatiku..

Gantikanlah DAMBA, CINTA & KERINDUAN 
yang bersemayam di dada ini 
dengan kasih hanya pada MU Ya ALLAH. . .


Friday 27 January 2012

5 Tips Mengekang Hawa Nafsu :D

Fitrah manusia mesti mempunyai keinginan untuk berpasangan. Tetapi ada segelintir manusia yang terlalu mengikut hawa nafsu dengan melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT untuk memuaskan nafsu mereka.. Kita tidak boleh mengikut bisikan syaitan yang menyuruh kita melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT. Ada caranya untuk mengekang hawa nafsu ni.. Jom baca lagi..=D

SATU
Kahwin lah......(^.^)V

Kalau tak mampu lagi....

DUA
Puasa lah!!

Sabda Rasulullah SAW:
Wahai kumpulan pemuda! Barangsiapa diantara kamu yang mampu perbelanjaan perkahwinan, hendaklah dia berkahwin. Sebab ia akan menjaga pandangan dan memelihara kemaluan. Dan barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa. Kerana yang demikian itu dapat mengekang nafsu.

TIGA
Cari teman yang Soleh..

Sabda Rasulullah SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Tarmizi:
Manusia itu menjadi pak turut temannya. Maka hendaklah seseorang kamu memerhatikan siapa yang hendak di buat teman.

EMPAT
Berpegang pada petunjuk-petunjuk kesihatan..

Antara perkara yang dinasihatkan pakar kesihatan dan ilmu kedoktoran adalah seperti berikut:
  1. Banyak mandi air sejuk pada musim panas.
  2. Menjauhkan memakan makanan yang bercampur dengan rempah-rempah dan seumpamanya.
  3. Mengurangkan minum bahan-bahan yang menyegarkan badan seperti kopi dan teh.
  4. Kurangkan makan daging dan telur.
  5. Tidak melazimkan tidur terlentang dan meniarap. Bahkan yang sunat tidur ke atas bahagian kanan menghadap muka ke kiblat.

LIMA
Merasakan takut kepada Allah dalam diri..
  1. Membaca Al-Quran.
  2. Tahajjud.
  3. Berkumpul dengan orang Soleh.
  4. Banyakkan berpuasa.
  5. Banyakkan berzikir kepada Allah SWT.


Harap, entry kali nie dapat diamalkan ramai orang..
PEACE!!!!! (^.^)V

"Dan mereka yang menjaga kehormatannya kecuali kepada isteri atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas"..(al-Mukmin:5-7)

Wednesday 25 January 2012

Serapuh Cinta Lelaki

Pernahkah anda lihat seorang lelaki yang benar-benar jatuh cinta hanya kepada seorang wanita? Kemudian penuh ikhlas dia memelihara cintanya itu dan amat setia memupuknya saban hari?

Memang sukar hendak melihat lelaki benar-benar jatuh cinta hanya kepada seorang wanita. Kalau ada pun, setelah dia merasakan cintanya berbalas, perasaanya mudah terbelah pula pada wanita lain. Namun lelaki masih seorang manusia. Walaupun hatinya keras, ia boleh dengan tiba-tiba menjadi lembut seperti kapas. Ketika itu, dia benar-benar jatuh cinta dan hanya andalah yang terpateri di hatinya.

Apabila lelaki telah benar-benar jatuh cinta, dia akan menumpahkan sepenuh kasih sayangnya kepada wanita yang dicintainya itu. Dia akan berpegang pada janjinya dan sanggup berkorban apa saja agar pilihannya tidak menghilang. Lelaki biasanya jujur dengan cinta pertama dan mula bosan dengan permainan perasaan pada cinta-cinta kedua, ketiga dan seterusnya. Biasanya lelaki yang belum tercemar oleh cinta palsu sang wanita adalah insan paling jujur dalam bercinta. Tetapi sebaik sahaja dia dikecewakan, dia akan bertindak membalas dendam lalu mudah berdusta pada cinta-cinta seterusnya.

Lelaki insan pelik. Dia memiliki keperkasaan tapi runtuh apabila berdepan dengan cinta. Tidak mustahil lelaki sanggup menangis dan merayu-rayu apabila cintanya didustai. Begitulah lelaki, tidak akan berasa sempurna tanpa wanita di sisinya, tetapi tatkala seseorang wanita telah menumpahkan sepenuh ketaatan padanya, kadang-kadang egonya memuncak pula. Kadang-kadang penghargaannya menjadi kurang tetapi apabila ditinggalkan dia akan berasa amat kehilangan dan segera mahukan pengganti.

Lelaki selalunya jujur tapi ramai juga yang berbangga memiliki dua tiga cinta dalam satu masa. Dia berasa gah memiliki dua tiga hati dalam masa yang sama. Ketika itulah dia akan membuat penilaian siapakah yang terbaik antara ketiga-tiganya. Jarang dia hendak berterus terang, selalunya dia bermain cinta dengan ketiga-tiganya serentak hinggalah pada suatu ketika dia akan mengakhiri zaman bujangnya. Dia sanggup mengecewakan wanita-wanita yang dirasakannya kalah dalam pertandingan senyap yang hanya dia mengetahuinya.

Namun, sekeras manapun hati lelaki, dia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Tapi dia jarang hendak menyelami perasaan wanita yang dilukainya itu, padahal dia tahu sakitnya jika dia sendiri dilukai.

Keegoan lelaki bermula dari awal dan berpanjangan hingga ke akhir. Apabila anda telah merelakan diri untuk dicintai oleh seseorang lelaki fahamilah juga bahawa anda sedang berjinak-jinak dengan keegoannya. Jika harapkan perhubungan anda dengannya sentiasa sentiasa membuahkan tawa, banyak juga air mata anda bakal terderai sama.


Lelaki jujur selalunya menerima nasib yang kurang menyebelahinya. Lelaki jujur mudah terperangkap dalam gerak geri wanita yang hanya mahu berseronok-seronok digilai oleh ramai orang. Lelaki kurang jujur pula akan memperdayakan begitu ramai wanita yang jujur.

Hidup bagaikan seimbang. Antara lelaki dengan perempuan, cinta yang menjadi penambat kadang-kadang tidak berakhir sebagai jambatan penghubung tetapi putus dan runtuh, musnah atau sengaja dimusnahkan oleh satu pihak. Kadang-kadang terikat kemas dan terus bertahan, tapi tatkala jambatan telah direntang, ia goyah oleh taufan.

Hanya pasangan yang berjaya mengukuhkan kembali ikatan akan kekal dengan senyuman.







Membina Rasa Cinta : DR. HM Tuah Iskandar al-Haj

Tuesday 24 January 2012

Doa Untuk Kekasih

Ya Allah..
Seandainya telah engkau catatkan..
Dia milikku, tercipta buatku..
Satukanlah hatinya dengan hatiku..
Titipkanlah kebahagian antara kami agar kemesraan itu abadi..

Dan Ya Allah ya tuhanku yang maha mengasihi..
Seiringkanlah kami melayari hidup ini ke tepian sejahtera dan abadi..

Tetapi Ya Allah..
Seandainya telah engkau takdirkan..
Dia bukan milikku..
Bawalah ia jauh dari pandanganku..
Luputkanlah ia dari ingatanku..
Dan peliharalah aku dari kekecewaan..

Serta Ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti..
Berikanlah aku kekuatan..
Melontar bayangnya jauh ke dada langit..
Hilang bersama senja nan merah..
Agar bisa ku bahagia walaupun tanpa bersama dengannya..

Dan Ya Allah yang tercinta..
Gantikanlah yang telah hilang..
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah..
Walaupun tak sama dengan dirinya..

Ya Allah ya tuhanku..
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu..
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan adalah yang terbaik buatku..
Kerana Engkau maha mengetahui segala yang terbaik buat hambamu ini..

Ya Allah..
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku..
Di dunia dan di akhirat..
Dengarlah rintihan dari hambamu yang daif ini..
Jangan engkau biarkan aku sendirian di dunia ini mahupun di akhirat..