Friday 16 March 2012

5 Perkara Penting Dalam Bercinta

SATU
Sayangilah Si Dia Dengan Hati Bukan Dengan Perasaan
Jika anda melakukan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Tetapi jika anda meletakkan perhubungan itu berdasarkan hati maka dari situ akan lahirnya cinta dan sayang yang kekal abadi untuk selamanya.

DUA
Hormati Pendiriannya
Jangan sesekali anda merayu dan mencipta pelbagai alasan supaya si dia menerima cintamu. Biar pun sedalam mana sekalipun cinta anda padanya namun biarkan dia yang membuat keputusan. Sekiranya mendesak, apa yang akan anda dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati. Baik anda meraih cinta dari orang yang benar-benar menyayangi anda dan bukan hanya anda yang benar-benar mencintainya sedangkan si dia tidak rasa sayang dan cinta langsung terhadap anda. Sesungguhnya cinta pada yang Maha Esa harus melebihi segalanya.

TIGA
Menerima Si Dia Seadanya
Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentangnya kerana sekali kamu mengubah, selamanya kamu akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, kenapa boleh terpikat dengan dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia menjadi seseorang yang lain.

EMPAT
Elak Bersangka Buruk
Langkah paling bijak ialah meletakkan diri kamu ditempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika kamu sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia. Namun, andai ada yang mencurigakan berbincanglah secara baik dan jangan terus menuduh. Islam menggalakkan kita berbincang dan jangan cepat berprasangka buruk. Sentiasa bercakap berlandaskan bukti yang kukuh dan elakkan membesar-besarkan hal yang kecil.

LIMA
Hargai Pengorbanan
Sesungguhnya si dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, si dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna dari anda, namun demi cinta kerana Allah, si dia telah memilih anda. Oleh itu, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.


No comments:

Post a Comment