Friday 16 March 2012

Modal Cinta

Dalam dunia nie tidak ada yang percuma. Melafazkan cinta mungkin hanya perlu bermodalkan air liur, tetapi untuk membinanya perlu lebih dari itu. Walaupun dikatakan ia cinta sejati dan cinta sehidup semati, seseorang itu tetap perlukan modal. Belum ada benda yang percuma begitu sahaja. Segalanya memerlukan pengorbanan.

BIL TELEFON
Setiap pasangan harus berhubung antara satu sama lain. Jika sebelumnya bil anda setakat dua tiga puluh ringgit, tetapi sudah dilamun cinta bilnya naik berganda-ganda. Mungkin anda boleh berjimat dengan menggunakan surat walaupun cara ini kelihatan terlalu 'klasik'.

TAMBANG
Bagi yang tidak ada kenderaan sendiri, tambang bas, teksi, komuter, LRT, dan monorel pasti akan bertambah. Manakala yang ada kenderaan sendiri pula, pastinya duit minyak akan melambung naik. Maklumlah, susah hendak ditolak permintaan si dia yang gemar ke sana ke mari. Hanya ada satu cara untuk menjimatkan kos, iaitu jalan jalan kaki tetapi kalau dibuat selalu, selepas ini anda mungkin akan berjalan seorang diri!

MASA
Kalau dulu anda mungkin banyak masa terluang. Boleh lepak seorang diri atau dengan rakan yang lain. Tetapi, sekarang terpaksa sediakan masa untuk si dia pula. Nak temankan si dia beli-belah, menonton wayang, bersiar-siar dan sebagainya. Pasti memenatkan!

PAKAIAN
Anda terpaksa keluarkan lebih belanja untuk membeli pakaian baru. Si dia tentu tidak suka kalau anda kelihatan selekeh atau ala kadar sahaja. Tambah pening apabila si dia mahukan anda berpakaian mengikut cita rasanya yang tinggi. Lebih runsing apabila si dia meminta anda membelikan pakaian untuknya pula.

KOS MAKAN MINUM
Jika dulu anda cuma makan seorang, tetapi sekarang sudah menjadi dua orang. Maknanya bajet pun bertambah. Nak jimat? Anda bolehlah bayar asing-asing setiap kali makan bersama atau bawa sahaja bekal dari rumah setiap kali pergi dating. Sesekali dicuba pasti romantis!

HADIAH
Setiap kali hari jadi dan ulang tahun percintaan anda berdua, sudah pastinya anda terpaksa menyediakan hadiah untuknya. Kalau diberikan hadiah yang murah mungkin si dia kurang suka, tetapi hendak diberikan hadiah mahal tidak mampu rasanya. Adakalanya bukan setakat hadaih sahaja yang mahu disediakan, malah kena juga belanja di tempat yang istemewa. Sememangnya memerlukan belanja yang banyak.

No comments:

Post a Comment