Monday 28 November 2011

Appreciate What U Have

Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya kepada gurunya. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

Murid : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang
            terbaik sebagai orang yang paling kita sayang?
            Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan? 
Cikgu : OK. Kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi
            ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil
            memandang rumput didepan kamu.
            Pilih yang PALING cantik
            tanpa menoleh kebelakang lagi walau sekali pun.
            Da petik yang paling cantik, bawa ke kelas.

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya. Cikgunya pun bertanya kepadanya.

Cikgu : Kenapa tiada rumput yang dipilih?
Murid : Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang
            paling cantik. Memang ada banyak rumput yang
            cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik.
            Jadi, saya pun terus berjalan kedepan sambil mencari
            yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi.
            Tapi sampai di penghujung padang, saya tak
            jumpa yang paling cantik. Mungkin ada diantara yang
            dibelakang saya tadi rumput yang paling cantik.
            Tapi da cikgu cakap tak boleh menoleh kebelakang
            semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah
            berjumpa dengan seseorang yang kita sayang,
            janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu.
            Kita patut menghargai orang yang berada didepan
            kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh kebelakang
            lagi kerana yang berlaku tetap da berlaku.
            Semoga yang berlalu tidak berulang lagi. Dan ingatlah,
            orang yang paling kita sayang itulah orang yang
            paling cantik dan paling baik. Walaupun nak diikutkan
            banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.




"HAPPINESS WILL NEVER COME TO THOSE WHO FAIL 
TO APPRECIATE WHAT THEY ALREADY HAVE"

Friday 18 November 2011

Bangganya gambar macam tuh! ~_~

Assalamualaikum..
Hye all...
beberapa hari nih aku ada lar terbuka some blog and some photos of my fb friends..
yg blog nih dia cerita lar pasal arwah bf dia baru lepas meninggal sbb excident dengan dia..
tapi dia selamat..
aku punya lar sadis baca cerita dia tuh..
tapi tetibe hilang feel sebab ada gambar dia kiss arwah bf dia tuh..
orang tuh da arwah..
so, ta payah lar nak letak gamba macam tu kat public..
even belum arwah pun,
perlu kew letak gambar macam tu???
kenapa bangga sangat buat macam tu sampai nak semua orang tau??
dia tak tau or buat-buat tak tau yang perkara tu salah/berdosa..
maybe dia rasa perkara tu tak salah..
that's why dia ta rasa malu..
selalunya orang yang buat salah tak kan tunjuk kat public perkara yang dia buat tu..
 yang tu dekat blog..
yang kat fb jangan cakap lar..
lagi banyak gambar boleh upload..
siap satu album tu semua gambar macam tuh..
tengok-tengok orang melayu..
agama Islam pulak tu..
aku tak lar cakap aku nie baik..
aku nie pun banyak buat salah..
nobody perfect!
at least aku malu dengan kesalahan yang aku buat..
and kalau boleh tak nak orang lain tau apa kesalahan yang aku da buat..


lagi 1 story nie pulak..
tadi aku makan kat KFC Kota Damansara..
KFC nie memang lengang gila..
tak ramai orang yang makan kat situ..
aku makanlah dengan ayah aku..
tetibe time tengah makan aku nampak satu couple at one corner nih..
terkujat aku tengok diorang sempat lagi kissing before makan..
aku tak sure pulak couple nih orang apa..
tapi muka macam orang MELAYU..
OMG!! tempat public kowt..
i'm wondering...
ADAKAH AKU DI MALAYSIA SEKARANG???
IS THIS MALAYSIA???
Oh My God! Oh My God! Oh My God!




p/s: sorry sesiapa yang terasa..apa yang saya tulis tidak ada kena mengena dengan orang yang saya kenal..

Tuesday 8 November 2011

OMG!! EXAM???

Assalamualaikum w.b.t...
n selamat malam..=)
hah! sempat lagi aku tulis kat blog nih even esok aku da start exam..=.=
yelar...ta kan nak study memanjang jewrk kan??
aku baru lar menghabiskan bab 2 Bahasa Melayu..
ada lagi satu bab woo ta study lagi..>.<
even esok petang aku exam English, tp aku tetap study BM malam nie..
sebab BM lagi susah dari BI..
nie bukan BM time sekolah tu..
BM nie semuanya fakta..hukhukhuk~~
so, kalau tak baca memang tak dapat jawablah..
BI aku da study lar jugak pagi tadi..
tapi study grammer jewrk..
u know what??
aku da lupa macam mana nak tulis summary..
sbb lecturer bagi kerja aku tak buat..
huarghhh!!!!
(padan lar muka kan..huhuhu)
vocab dalam kepala otak aku nie pown da berkarat sebab da lama tak bukak kamus + tak buat essay yang Dr. Nil Farakh bagi..huhuhu..

HAH??!! Aku nak EXAM kew esok???
OH MY GOD!!!!
i'm not really ready for it..
huhuhu..
takutnye.........
dah lama tak exam n nie first time aku exam semenjak masuk maktab nie..
MY FIRST EXAM!!

Ya ALLAH..
kau berilah ketenangan kepadaku..
kau tenangkanlah hatiku..
kau lapangkanlah fikiranku.. 
kau permudahkanlah aku menjawab soalan esok dan seterusnya..
kau ingatkanlah aku dengan apa yang telah aku pelajari selama ini..
Amin ya rabbal alamin...



Wish me GOOD LUCK! ok...
n GOOD LUCK untuk semua kawan-kawan aku n senior-senior aku yg akan berjuang menghadap paper exam sem nie..
GOOD LUCK!!!
AJA!! AJA!! FIGHTING!!!!! ^.^V

Saturday 5 November 2011

Sleepwalker n Shark Night

Hye all..
korang tau tak movie baru tittle Sleepwalker tu..
tadi aku pergi tengok dengan my BFF yg kat UPNM tu, Anis, her boifren, Aiman n my senior, Fauzan..
Seriously........
menyesal giler tengok..
3D, RM18..
Better aku tengok cerita cartoon TIN TIN lagi bagus..
Hambar giler Sleepwalker nie..
Cakap jewrk cerita hantu, tapi bukan..
Tak ada hantu langsung..
Sumpah wei,
giler TAK best... 
cerita nie cerita sedih pasal anak pompuan nie kena culik n then kena bunuh..
sape-sape yang berniat nak tengok cerita nie,
aku nasihatkan tak payah lar...
pilih lar cerita lain..


n one more..
SHARK NIGHT pown sumpah TAK BEST..
lagi best Phirana..
Aku tengok cite nie ngan Ayue..
bedating bedua dengan Ayue..hihihi..=)
Shark Night nie stakat tunjuk putus tangan jewrk..
Phirana putus-putus badan segala..


So, tak payah lar tengok..
Sekian refleksi aku..
=)

Thursday 3 November 2011

Cintai Ilmu

Ada lima tahap cinta. Pertama kepada ALLAH, kedua kepada Nabi Muhammad, ketiga kepada ibu ayah, keempat pada ilmu dan kelima kepada diri sendiri. Cintai ilmu terletak pada tahap keempat dalam hierarki 5 perkara yang mesti dicintai dahulu. Mereka yang tak ada rasa nak menyintai ilmu, kalau bercinta akan terkandas dan tewas. Mana taknya, tak ada ilmu, tentulah terkandas.

Orang ada ilmu taklah terkandas. Ada ilmu Sains misalnya mesti tahu bahawa hubungan seksual boleh menyebabkan kelahiran dan jika dilakukan dalam keadaan yang haram, ilmu agama beritahu itu dosa, ilmu kemasyarakatan pulak kata, kalau dah gitu tak mustahil gugurkan anak atau buang anak, sampai ada budak sekolah terbersalin dalam tandas.

Orang ada ilmu dia tak akan buat perkara-perkara salah. Kalau dia buat juga, itu terbuat tak sengaja ataupun dalam keadaan darurat, selebihnya memang dia dapat mengawal diri.

Nak berilmu? Tak reti-reti nak baca buku? Nak dapat ilmu macam mana lagi kalau tak nak membaca. Boleh pergi kelas, tapi berapa ramai sangat yang pergi. Kalau dah tua-tua, dah kerja, apa benda pun susah nak masuk. Melalui TV boleh, tapi berapa ramai yang tengok Hindustan lebih banyak daripada National Geographic? Pasal tulah membaca buku jangan diabai.

Tapi janganlah sampai over pulak. Di Birmingham, seorang pemandu bas baca novel sambil memandu. Dirakamkan seorang penumpang, lalu kena buang kerja. (Agensi 22 April 10).

Kalau iya pun janganlah over. Mentang-mentanglah kempen galakan membaca, takkan sampai memandu pun nak membaca. Kalau nak baca juga, ha baca aje apa-apa surah yang anda faham, tentu untung. Nie satu surah pun payah nak hafal. Beli CD dan dengar CD tu hari-hari, mesti boleh hafal punya nanti.

motivation untuk time-time nak exam macam nie..^^





Jom Menyerlah ; DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Tuesday 1 November 2011

i'm melting like a CHOCOLATE

ARGHHHHH!!!
What happened to me?????
aku sendiri tak tau kenapa dengan aku nie..
huhuhuhu....

Kau sangat-sangat annoying..
Kau suke buat aku annoy dengan kau..
Bg aku kau sgt heartless..
sbb kau ta pandai jaga hati orang lain..
Kau suka cakap ikut sedap mulut kau jewrk..
aku tau kau tak suka kat aku..
n aku tak berharap pown kat kau..

Tp kenapa aku cair bila tengok kau??
 i'm melting like a chocolate..
arghhhh!! bencinya aku!!
ubat apa lar yang kau da guna..
kenapa muka kau nampak "sangat suci" ??
sampai aku tak boleh nak marah kat kau..=.=


Friday 28 October 2011

Sikap Lelaki (Truly Falling in Love)

Sikap lelaki tatkala dia benar-benar tenggelam dalam dunia percintaannya..

  1. Dia tidak teragak-agak untuk membanggakan anda di khalayak ramai. Dia tidak takut 'sahamnya' akan jatuh kerana apabila dia memperkenalkan anda di khalayak ramai, dengan sendirinya peluang bagi dia mendekati wanita lain tertutup. Hanya lelaki yang benar-benar mencintai pasangannya akan bertindak begini.
  2. Lelaki jujur akan sentiasa meletakkan harapan yang menggunung terhadap orang yang dicintainya, markahnya 100%. Oleh kerana kejujuran yang bukan dibuat-buat itu dia berasa amat serik apabila ditinggalkan. Kepercayaannya terhadap wanita mungkin hilang, kalau berbaki pun amat sedikit. Walaupun dia sudah mendapat pengganti, harapannya agar anda kembali kepadanya amat tinggi. Jika suatu masa dia menemui anda kembali, tidak mustahil dia akan kembali digelut rasa cintanya yang terdahulu. Dia mungkin cuba memujuk rayu anda dan sanggup kehilangan cintanya yang sedia ada untuk kembali kepada anda.
  3. Kudusnya perasaan lelaki yang begini, dia pasti kehilangan akal tatkala ada orang ketiga di tengah-tengah antara anda dengan dia. Dia sanggup berbuat apa sahaja asal dia memenaginya. Fahamilah jiwa lelaki pada waktu begini dia memang amat menyintai anda sebagai kekasih hatinya, yang pertama dan terakhir.
  4. Anda adalah satu-satunya. Dia amat mempercayai anda dan sanggup menyerahkan  harta waima nyawanya sendiri jika terpaksa. Jika sudah ke tahap ini, anda memang patut meletakkan kepercayaan bahawa cintanya itu agung. Jangan permainkan dia sebab dia memang memerlukan anda.
  5. Lelaki jujur dalam mabuk cinta tidak akan curang terhadap pasangannya tetapi jika anda dapati dia curang, itu tandanya hatinya belum 100% jujur dan wajar sekali anda meninggalkannya sebelum dia memberikan kata putus buat anda.
  6. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Jika ini berlaku, lelaki itu memang setia, jujur, ikhlas dan amat boleh diharap. Hargailah dia.\



"Hidup bukan untuk derita dan membina jambatan ke neraka, 
sebaliknya untuk mengecapi sebanyak-banyak bahagia untuk diteruskan di syurga"


Membina Rasa Cinta; DR HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Sunday 23 October 2011

Javanese Girls

Hye all...
ari nie aku nak cite pasal malam kebudayaan kat IPG aku..
even malam kebudayaan tu da lame lepas at 19 Oktober 2011..

aku menari tarian jawa for that night..
aku, ayue, lian, gilyn, hanna, chacha, ester n jojie..
aku dgn ayue jewrk yg muslim..
klau ta ayue sorang, that's why dia ajak aku skali..

for sure..aku memang ta pandai menari..
but, i'll try my best..
n aku jugak susah nak hafal step..
slalu kena marah ngan abang pikin sebab ta hafal step..=.=

malam kbudayaan tu kitorang dapat no 2..
agak frust jugak lar sbb kitorang memang target boleh menang..
tp ta ada rezeki kan..tarian endang yang menang..
ok lar tu..still kelab tarian yang menang..
lagi pon kitorang rase practice kitorang is better dari apa yang kitorang buat malam tu..
aku lagi lar..salah buat post yang last..argh!! malunye!! >.<
yang dapat no 3 kelab muzik n no 4 SKI (Seni Kebudayaan Islam).
aku ta tau nak cakap apa lagi..
tengok lar gambr2 kat bawah nie yer..



yang baju hijau tu lar abang pikin..

yang tengah2 tu amar..dia kelab muzik n blakon jadi hantu..
yang baju purple tu fani..

nie amek gamba ngan lecturer2 n senior2..

nie aku ngan ayue..comelkan dia..=)

yang lelaki2 tu semua senior kitorang..
yang baju biru tu Patrik, yang baju peach tu Bryan n yang macam antu ta wujud tu Anton..hahaha..

this is me..=)

Wednesday 28 September 2011

How do you feel???

Assalamualaikum to the reader..
i'm just wondering..
how do you feel???
bila orang yang anda sayang mengata anda, mengutuk anda, menghina anda dengan kawan-kawan dia???
n yang i really want to know..
how do you feel???
bila orang yang anda sayang cakap sendiri dengan anda kata-kata yang kasar pada pandangan anda???
and then esoknya..
dia mesej anda with "good morning"..
n buat-buat macam nothing happened n dia ta penah cakap apa-apa yang menyakitkan hati anda..
it's really annoying for me..
tak kesah lar orang yang anda sayang tu kawan baik anda, kakak/abg anda or bf/gf anda..
it's really really annoying..
n how do you feel???
bila dia selalu menyalahkan anda atas setiap perkara yang anda lakukan???
n anda tahu perkara yang anda lakukan adalah tidak salah..
then, dia cakap pulak yang anda menyalahkan dia atas apa yang berlaku..
even anda tak ada cakap-cakap apa-apa pun..


bila anda menunjuk satu jari menyalahkan orang lain,
empat jari lagi menyalahkan anda..


that's all..
really hope for your comment and advise..






p/s :- sekadar pertanyaan dan perkongsian perasaan..
         renung-renungkan......
         

Monday 26 September 2011

Heaven-nye aku rasa..^_~

GOOD MORNING!! GOOD MORNING!!
(aku tulis nie waktu pagi..kalau sape bace waktu malam good night lar yer..hakhakhak..=P)
pagi nie kelas aku start pukul 9..
En. Aliyas tak reply msg aku, so aku anggap tutorial tak ada lar..=)
yang buat aku rase heaven giler nie coz semua esemen aku da siap..
hakhakhak..=D
tapi nie untuk sementara jewrk..
lagi sebulan aku da final exam..
sobsobsob..=(
so, from now onwards aku da kene rajin buat latihan..
sebab aku major math..
aku kene buat macam time nak SPM dulu..
buat latihan setiap petang (kalau tak mak aku bising)..
kat sini da tak ada sape nak bising-bising kat aku lagi suruh buat latihan..
so, pandai-pandai sendiri lar merajinkan diri..=)
PRACTICE MAKES PERFECT!! 
Go! Go! Chaiyok!! hahaha..
tak ada sape nak bagi kata-kata semangat kat aku..
so, aku bagi lar kata-kata semangat kat diri aku sendiri..

yang paling jadi inspiration aku untuk study hard is my beloved best friend a.k.a my BFF..
HANEES FARHANAH BINTI BASUKI..
aku rase dia nie hebat giler..
final exam dia for sem 1 dia dapat 3.85..
HEBAT KAN???
da lar amek medic pulak tu..memang hebat giler lar..
aku yang amek math nie kalau ta dapat sebagus tu tak tau lar kan..
as i know, BIOLOGY is harder than MATHEMATICS..

me and anis..=)

n ofcoz sebab aku tak nak kecewakan mak aku..
She is everyting to me..
she gives me life..
she gives me love..
she gives me education .. 
i will not forget her good deeds to me..
(sorry lar..broken english..uhuk~uhuk~)

i miss my mom..='(

ok lar..aku nak siap-siap g kelas dulu..
have a nice day..^_~
daa.....

Sunday 25 September 2011

i don't feel like doing anyting

aku tak ada mood nak buat apa-apa hari nie..
aku rasa down sangat..
semalam aku happy..
macam-macam yang aku buat..
bangun-bangun tido jewrk aku terus kemas bilek..
before this, aku ta boleh nak makan or study atas meja..
but now, i can..


see..kemas tak bilek aku? :)


nie meja study aku + meja makan..
kalau dulu aku ta boleh makan or study atas meja nie sebab semak sgt..:)


nie pulak katil yang aku selalu tido..
even ta empuk macam kat uma, 
tp aku still bersyukur sbb still ada tempat untuk tido..:)


lepas kemas bilek jewrk aku buat esemen ngan kawan-kawan aku..
lepas tu aku g tesco ngan Khadijah..
barang dalam list aku sikit jewrk tapi aku da habis RM250 semalam..
sebab beli bende merepek-merepek yang tak ada dalam list langsung..

malamnya, something happened..
n tu yang buatkan aku rase down gila..
thanks sangat to Abg Aizzat..
he always be a shoulder for me to cry on..
he really a good brother to me..
sampai sekarang aku still rase down lagi..
n aku tak ada mood nak buat apa-apa langsung..
even esok aku ada 2 esemen yang nak kene submit..

Thursday 1 September 2011

CrE$tFaLLeN

Never say i love you
if you dont really care..
Never talk about feelings
if they aren't really there..
Never hold my hand
if you're gonna break my heart..
Never say you're going to
if you dont plan to start..
Never look into my eyes
if all you do is lie..
Never say hi
if you really mean goodbye..
If you really mean forever
then say you will try..
Never say forever
'cause forever makes me cry...
T__T


Sometimes, i wish i could have died the day before you left me....
So, i'd never have to live a day without you...



p/s : CRESTFALLEN GIRL 

Saturday 27 August 2011

Nak balik raya!!

Assalamualaikum..
Lagi beberapa jam aku akan balik Johor..
Bestnye..ta sabar nak balik..
Dah lama kot aku tak balik Johor..
Rindu sgt dgn budak kecik kembang tu..hahaha..


nie lar budak kembang tu..=)

Macam mana lar dia sekarang..da besar agaknya..
suka menjerit lagi tak dia?
mesti dia da tak kenal aku sebab aku da lama tak balik..
hukhukhuk~~ sedihnya..='(

Aku dah excited sangat nie nak balik Johor!!
Oooo balik kampung~~Oooo balik kampung~~
Oooo balik kampung~~Hati girang~~ ^_^


Untuk kawan-kawan aku semua..
SELAMAT HARI RAYA 
MAAF ZAHIR BATIN yeE..=)
Kalau aku ada tersalah kata tersilap bicara,
tak kena di mana-mana harap maafkan lah yeE..

pesanan penaja:
BERHATI-HATI DI JALAN RAYA
INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG....n_n



Friday 26 August 2011

First Time!!! ^_^

Ok.. nie 1st time aku post kat blog nie..
even da lame aku buat blog nie..
hahaha..sengal kan..
aku ta tawu nak tulis apew sebenarnya.
nie tulis entry nie pown sebab kat kelas Teknologi Maklumat.
Lecturer tu suruh semua student buat blog..
yang da adew blog tu teroskan aje lar..^^,
aku ta tawu nak tulis apew lagi nie..hahaha..
juz nak bagi wish jewrk lar..sebab da nak raye da nie..


SELAMAT HARI RAYA 
MAAF ZAHIR DAN BATIN


Ikhlas dari Nur Hazirah binti Mohamed Hairi..=)