Friday 28 October 2011

Sikap Lelaki (Truly Falling in Love)

Sikap lelaki tatkala dia benar-benar tenggelam dalam dunia percintaannya..

  1. Dia tidak teragak-agak untuk membanggakan anda di khalayak ramai. Dia tidak takut 'sahamnya' akan jatuh kerana apabila dia memperkenalkan anda di khalayak ramai, dengan sendirinya peluang bagi dia mendekati wanita lain tertutup. Hanya lelaki yang benar-benar mencintai pasangannya akan bertindak begini.
  2. Lelaki jujur akan sentiasa meletakkan harapan yang menggunung terhadap orang yang dicintainya, markahnya 100%. Oleh kerana kejujuran yang bukan dibuat-buat itu dia berasa amat serik apabila ditinggalkan. Kepercayaannya terhadap wanita mungkin hilang, kalau berbaki pun amat sedikit. Walaupun dia sudah mendapat pengganti, harapannya agar anda kembali kepadanya amat tinggi. Jika suatu masa dia menemui anda kembali, tidak mustahil dia akan kembali digelut rasa cintanya yang terdahulu. Dia mungkin cuba memujuk rayu anda dan sanggup kehilangan cintanya yang sedia ada untuk kembali kepada anda.
  3. Kudusnya perasaan lelaki yang begini, dia pasti kehilangan akal tatkala ada orang ketiga di tengah-tengah antara anda dengan dia. Dia sanggup berbuat apa sahaja asal dia memenaginya. Fahamilah jiwa lelaki pada waktu begini dia memang amat menyintai anda sebagai kekasih hatinya, yang pertama dan terakhir.
  4. Anda adalah satu-satunya. Dia amat mempercayai anda dan sanggup menyerahkan  harta waima nyawanya sendiri jika terpaksa. Jika sudah ke tahap ini, anda memang patut meletakkan kepercayaan bahawa cintanya itu agung. Jangan permainkan dia sebab dia memang memerlukan anda.
  5. Lelaki jujur dalam mabuk cinta tidak akan curang terhadap pasangannya tetapi jika anda dapati dia curang, itu tandanya hatinya belum 100% jujur dan wajar sekali anda meninggalkannya sebelum dia memberikan kata putus buat anda.
  6. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Jika ini berlaku, lelaki itu memang setia, jujur, ikhlas dan amat boleh diharap. Hargailah dia.\



"Hidup bukan untuk derita dan membina jambatan ke neraka, 
sebaliknya untuk mengecapi sebanyak-banyak bahagia untuk diteruskan di syurga"


Membina Rasa Cinta; DR HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Sunday 23 October 2011

Javanese Girls

Hye all...
ari nie aku nak cite pasal malam kebudayaan kat IPG aku..
even malam kebudayaan tu da lame lepas at 19 Oktober 2011..

aku menari tarian jawa for that night..
aku, ayue, lian, gilyn, hanna, chacha, ester n jojie..
aku dgn ayue jewrk yg muslim..
klau ta ayue sorang, that's why dia ajak aku skali..

for sure..aku memang ta pandai menari..
but, i'll try my best..
n aku jugak susah nak hafal step..
slalu kena marah ngan abang pikin sebab ta hafal step..=.=

malam kbudayaan tu kitorang dapat no 2..
agak frust jugak lar sbb kitorang memang target boleh menang..
tp ta ada rezeki kan..tarian endang yang menang..
ok lar tu..still kelab tarian yang menang..
lagi pon kitorang rase practice kitorang is better dari apa yang kitorang buat malam tu..
aku lagi lar..salah buat post yang last..argh!! malunye!! >.<
yang dapat no 3 kelab muzik n no 4 SKI (Seni Kebudayaan Islam).
aku ta tau nak cakap apa lagi..
tengok lar gambr2 kat bawah nie yer..



yang baju hijau tu lar abang pikin..

yang tengah2 tu amar..dia kelab muzik n blakon jadi hantu..
yang baju purple tu fani..

nie amek gamba ngan lecturer2 n senior2..

nie aku ngan ayue..comelkan dia..=)

yang lelaki2 tu semua senior kitorang..
yang baju biru tu Patrik, yang baju peach tu Bryan n yang macam antu ta wujud tu Anton..hahaha..

this is me..=)