Monday 28 November 2011

Appreciate What U Have

Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya kepada gurunya. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

Murid : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang
            terbaik sebagai orang yang paling kita sayang?
            Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan? 
Cikgu : OK. Kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi
            ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil
            memandang rumput didepan kamu.
            Pilih yang PALING cantik
            tanpa menoleh kebelakang lagi walau sekali pun.
            Da petik yang paling cantik, bawa ke kelas.

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya. Cikgunya pun bertanya kepadanya.

Cikgu : Kenapa tiada rumput yang dipilih?
Murid : Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang
            paling cantik. Memang ada banyak rumput yang
            cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik.
            Jadi, saya pun terus berjalan kedepan sambil mencari
            yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi.
            Tapi sampai di penghujung padang, saya tak
            jumpa yang paling cantik. Mungkin ada diantara yang
            dibelakang saya tadi rumput yang paling cantik.
            Tapi da cikgu cakap tak boleh menoleh kebelakang
            semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah
            berjumpa dengan seseorang yang kita sayang,
            janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu.
            Kita patut menghargai orang yang berada didepan
            kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh kebelakang
            lagi kerana yang berlaku tetap da berlaku.
            Semoga yang berlalu tidak berulang lagi. Dan ingatlah,
            orang yang paling kita sayang itulah orang yang
            paling cantik dan paling baik. Walaupun nak diikutkan
            banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.




"HAPPINESS WILL NEVER COME TO THOSE WHO FAIL 
TO APPRECIATE WHAT THEY ALREADY HAVE"

Friday 18 November 2011

Bangganya gambar macam tuh! ~_~

Assalamualaikum..
Hye all...
beberapa hari nih aku ada lar terbuka some blog and some photos of my fb friends..
yg blog nih dia cerita lar pasal arwah bf dia baru lepas meninggal sbb excident dengan dia..
tapi dia selamat..
aku punya lar sadis baca cerita dia tuh..
tapi tetibe hilang feel sebab ada gambar dia kiss arwah bf dia tuh..
orang tuh da arwah..
so, ta payah lar nak letak gamba macam tu kat public..
even belum arwah pun,
perlu kew letak gambar macam tu???
kenapa bangga sangat buat macam tu sampai nak semua orang tau??
dia tak tau or buat-buat tak tau yang perkara tu salah/berdosa..
maybe dia rasa perkara tu tak salah..
that's why dia ta rasa malu..
selalunya orang yang buat salah tak kan tunjuk kat public perkara yang dia buat tu..
 yang tu dekat blog..
yang kat fb jangan cakap lar..
lagi banyak gambar boleh upload..
siap satu album tu semua gambar macam tuh..
tengok-tengok orang melayu..
agama Islam pulak tu..
aku tak lar cakap aku nie baik..
aku nie pun banyak buat salah..
nobody perfect!
at least aku malu dengan kesalahan yang aku buat..
and kalau boleh tak nak orang lain tau apa kesalahan yang aku da buat..


lagi 1 story nie pulak..
tadi aku makan kat KFC Kota Damansara..
KFC nie memang lengang gila..
tak ramai orang yang makan kat situ..
aku makanlah dengan ayah aku..
tetibe time tengah makan aku nampak satu couple at one corner nih..
terkujat aku tengok diorang sempat lagi kissing before makan..
aku tak sure pulak couple nih orang apa..
tapi muka macam orang MELAYU..
OMG!! tempat public kowt..
i'm wondering...
ADAKAH AKU DI MALAYSIA SEKARANG???
IS THIS MALAYSIA???
Oh My God! Oh My God! Oh My God!




p/s: sorry sesiapa yang terasa..apa yang saya tulis tidak ada kena mengena dengan orang yang saya kenal..

Tuesday 8 November 2011

OMG!! EXAM???

Assalamualaikum w.b.t...
n selamat malam..=)
hah! sempat lagi aku tulis kat blog nih even esok aku da start exam..=.=
yelar...ta kan nak study memanjang jewrk kan??
aku baru lar menghabiskan bab 2 Bahasa Melayu..
ada lagi satu bab woo ta study lagi..>.<
even esok petang aku exam English, tp aku tetap study BM malam nie..
sebab BM lagi susah dari BI..
nie bukan BM time sekolah tu..
BM nie semuanya fakta..hukhukhuk~~
so, kalau tak baca memang tak dapat jawablah..
BI aku da study lar jugak pagi tadi..
tapi study grammer jewrk..
u know what??
aku da lupa macam mana nak tulis summary..
sbb lecturer bagi kerja aku tak buat..
huarghhh!!!!
(padan lar muka kan..huhuhu)
vocab dalam kepala otak aku nie pown da berkarat sebab da lama tak bukak kamus + tak buat essay yang Dr. Nil Farakh bagi..huhuhu..

HAH??!! Aku nak EXAM kew esok???
OH MY GOD!!!!
i'm not really ready for it..
huhuhu..
takutnye.........
dah lama tak exam n nie first time aku exam semenjak masuk maktab nie..
MY FIRST EXAM!!

Ya ALLAH..
kau berilah ketenangan kepadaku..
kau tenangkanlah hatiku..
kau lapangkanlah fikiranku.. 
kau permudahkanlah aku menjawab soalan esok dan seterusnya..
kau ingatkanlah aku dengan apa yang telah aku pelajari selama ini..
Amin ya rabbal alamin...



Wish me GOOD LUCK! ok...
n GOOD LUCK untuk semua kawan-kawan aku n senior-senior aku yg akan berjuang menghadap paper exam sem nie..
GOOD LUCK!!!
AJA!! AJA!! FIGHTING!!!!! ^.^V

Saturday 5 November 2011

Sleepwalker n Shark Night

Hye all..
korang tau tak movie baru tittle Sleepwalker tu..
tadi aku pergi tengok dengan my BFF yg kat UPNM tu, Anis, her boifren, Aiman n my senior, Fauzan..
Seriously........
menyesal giler tengok..
3D, RM18..
Better aku tengok cerita cartoon TIN TIN lagi bagus..
Hambar giler Sleepwalker nie..
Cakap jewrk cerita hantu, tapi bukan..
Tak ada hantu langsung..
Sumpah wei,
giler TAK best... 
cerita nie cerita sedih pasal anak pompuan nie kena culik n then kena bunuh..
sape-sape yang berniat nak tengok cerita nie,
aku nasihatkan tak payah lar...
pilih lar cerita lain..


n one more..
SHARK NIGHT pown sumpah TAK BEST..
lagi best Phirana..
Aku tengok cite nie ngan Ayue..
bedating bedua dengan Ayue..hihihi..=)
Shark Night nie stakat tunjuk putus tangan jewrk..
Phirana putus-putus badan segala..


So, tak payah lar tengok..
Sekian refleksi aku..
=)

Thursday 3 November 2011

Cintai Ilmu

Ada lima tahap cinta. Pertama kepada ALLAH, kedua kepada Nabi Muhammad, ketiga kepada ibu ayah, keempat pada ilmu dan kelima kepada diri sendiri. Cintai ilmu terletak pada tahap keempat dalam hierarki 5 perkara yang mesti dicintai dahulu. Mereka yang tak ada rasa nak menyintai ilmu, kalau bercinta akan terkandas dan tewas. Mana taknya, tak ada ilmu, tentulah terkandas.

Orang ada ilmu taklah terkandas. Ada ilmu Sains misalnya mesti tahu bahawa hubungan seksual boleh menyebabkan kelahiran dan jika dilakukan dalam keadaan yang haram, ilmu agama beritahu itu dosa, ilmu kemasyarakatan pulak kata, kalau dah gitu tak mustahil gugurkan anak atau buang anak, sampai ada budak sekolah terbersalin dalam tandas.

Orang ada ilmu dia tak akan buat perkara-perkara salah. Kalau dia buat juga, itu terbuat tak sengaja ataupun dalam keadaan darurat, selebihnya memang dia dapat mengawal diri.

Nak berilmu? Tak reti-reti nak baca buku? Nak dapat ilmu macam mana lagi kalau tak nak membaca. Boleh pergi kelas, tapi berapa ramai sangat yang pergi. Kalau dah tua-tua, dah kerja, apa benda pun susah nak masuk. Melalui TV boleh, tapi berapa ramai yang tengok Hindustan lebih banyak daripada National Geographic? Pasal tulah membaca buku jangan diabai.

Tapi janganlah sampai over pulak. Di Birmingham, seorang pemandu bas baca novel sambil memandu. Dirakamkan seorang penumpang, lalu kena buang kerja. (Agensi 22 April 10).

Kalau iya pun janganlah over. Mentang-mentanglah kempen galakan membaca, takkan sampai memandu pun nak membaca. Kalau nak baca juga, ha baca aje apa-apa surah yang anda faham, tentu untung. Nie satu surah pun payah nak hafal. Beli CD dan dengar CD tu hari-hari, mesti boleh hafal punya nanti.

motivation untuk time-time nak exam macam nie..^^





Jom Menyerlah ; DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Tuesday 1 November 2011

i'm melting like a CHOCOLATE

ARGHHHHH!!!
What happened to me?????
aku sendiri tak tau kenapa dengan aku nie..
huhuhuhu....

Kau sangat-sangat annoying..
Kau suke buat aku annoy dengan kau..
Bg aku kau sgt heartless..
sbb kau ta pandai jaga hati orang lain..
Kau suka cakap ikut sedap mulut kau jewrk..
aku tau kau tak suka kat aku..
n aku tak berharap pown kat kau..

Tp kenapa aku cair bila tengok kau??
 i'm melting like a chocolate..
arghhhh!! bencinya aku!!
ubat apa lar yang kau da guna..
kenapa muka kau nampak "sangat suci" ??
sampai aku tak boleh nak marah kat kau..=.=