Friday, 1 June 2012

I Learn to Live Without You

It is true that a bad relationship will make you feel more alone than when you were single..
Do you know that i miss you badly.. but you make me feel like i'm not exist.. you promise me that you wanted to contact me... but.... hmmm.. maybe you are very busy.. it's ok.. i'm understand.. i will not disturb you until the semester break is end.. i will learn to live without you for 2 weeks.. it's ok, i think i'm strong enough and i will just cry to make myself feel better..=)


Sunday, 20 May 2012

Thanks for light up my day ^^

Yesterday, Saturday, 19th May 2012

Aku rasa happy sangat semalam.. Why? Mestilah sebab dapat jumpa dia..=) Even kaki aku sakit pun ta rasa sakit bila dengan dia.. n jumpa pun ta lama sebab dia risau kaki aku makin teruk.. Thanks for being caring dear.. What was so sweet yesterday? Tengah jalan-jalan dia masuk kedai jam n suruh aku pilih.. Dia nak belikan jam untuk bufday aku, tapi dia takut aku ta suka.. So, dia suruh aku pilih sendiri.. Thanks for being nice to me..=)


Aku pilih jam nie sebab aku rasa jam nie paling comel + smart.. n sebab dia yang pilihkan jam nie first untuk aku.. Sayang..whatever you choose for me, i will like it..=)

Ferrero Rocher nie dia bagi masa aku merajuk dengan dia..hihihi.. Thanks too for this chocolate..=)



*After aku tau ade budak maktab yang da terbaca post nie..aku terpaksa delete gambar kami tu..
ingatkan time-time exam nie orang ta sempat nak berbelog-belog..=="

*disebabkan ramai da tau, aku letak balik gamba nih..hihihi...=P

ok..suke sangat gamba nih..^^






Saturday, 12 May 2012

10 Cara Meyakinkan Ibu Bapa Untuk Kahwin Awal

Hari tu aku ada terbaca satu post kat fb pasal nak yakinkan parents untuk kawin awal..hihihi..nak tau apa cara-caranya?
  1. Anda perlulah memiliki akhlak dan sasiah rupa diri yang baik dan elok. Bukan hanya dibuat-buat atau berlakon. Tunjukkan rasa hormat kepada ibubapa anda dan ibubapa pasangan anda.
  2. Pamerkan sifat anda yang matang terutama ketika berbicara. Berani untuk berfikir dan membuat keputusan sendiri yang baik demi kepentingan bersama. Bukan hanya memikirkan diri anda seorang sahaja.
  3. Sangat-sangat penting untuk anda menjaga amal ibadah anda. Pastikan solat cukup, rajin membaca al-Quran dan berperlakuan tenang dalam apa jua situasi.
  4. Matlamat anda ingin berkahwin bukanlah semata-mata kerana nafsu tetapi untuk mencari keredhaan Allah dan ingin mendekatkan diri anda lagi kepada Allah S.W.T.
  5. Mempunyai simpanan dan pendapatan yang mencukupi. Jika anda masih belajar, anda boleh mulakan berniaga kecil-kecilan. Ataupun anda boleh bekerja part-time beberapa jam sehari atau di hujung minggu. Tapi pastikan ianya tidak menganggu prestasi pelajaran anda!
  6. Jika anda berdua masih belajar, pastikan anda letakkan pelajaran di tangga Nombor 1. Janjikan perkara ini kepada kedua ibubapa anda. Setelah anda tamat belajar, barulah anda letakkan rumahtangga anda di Nombor 1. InsyaAllah, jika pasangan anda seorang yang benar-benar memahami anda, pasti tiada masalah. Sama-samalah berusaha dan tahu tanggungjawab masing-masing.
  7. Tanggungjawab sebagai suami isteri perlu juga untuk anda tidak abaikan. Taat kepada suami dan berilah nafkah secukupnya kepada isteri.
  8. Nyatakan secara spesifik kepada ibubapa anda dari mana sumber kewangan anda untuk menampung kos sara hidup ketika anda sudah berkahwin kelak.
  9. Bawalah pasangan anda ke rumah anda untuk makan malam bersama dan kenalkan dia kepada mereka.
  10. Akhir sekali bincanglah dengan lemah-lembut dengan ibubapa anda untuk menyatakan perancangan anda untuk berkahwin. Jangan sesekali anda nyatakan dalam nada yang mendesak. Berurusan dengan orang yang lebih tua ini perlulah secara lemah-lembut dan perlahan. Mereka mudah terasa dan sensitif.



*ibu. . .ya nak kawen..=D


Friday, 11 May 2012

Hanya Tuhan Yang Tahu

I don't know where to start.. I just feel that I'm not suitable for a good guy like him.. I'm not as good as what he expected.. I'm always hurt him and makes him sad.. Ya Allah.. Andainya dia tau aku sangat-sangat mencintainya.. Andainya dia tau aku benar-benar menyayanginya.. Andainya dia tau yang aku hanya inginkan dia untuk menjadi peneman seumur hidupku, menjadi pembimbing dalam hidupku.. Andainya dia tau semua isi hati aku..tapi hanya Engkau sahaja yang tau Ya Allah tanpa aku meluahkannya.. Engkau tau isi hati setiap hambamu..


"Di sisi Allah adalah kunci-kunci perkara yang ghaib. Tidak ada yang mengetahuinya selain dari Dia sendiri. Allah Maha Mengetahui apa yang ada di darat dan di laut dan tidak sehelai daun pun gugur, melainkan Dia pasti mengetahuinya. Tidak ada sebutir biji dalam kegelapan bumi pula yang basah dan yang kering, melainkan semua tentu tertulis dalam kitab yang terang." (Q.S. Al-An'am:59)



terima kasih kerana menerima diri ini seadanya..=')


Monday, 7 May 2012

Ke"tension"an Melampau!!!

Arghhhhh!!!!
Seriously..memang aku tension gila hari nih!!
Sekarang nih tengah study week..
yang buat aku tension sangat-sangat nih.......

  1. Tiap-tiap minggu ada program ntah pape yang menyebabkan aku TAK BOLEH BALIK RUMAH!!
  2. Setiap hari ada jewrk kelas ganti yang menyebabkan aku TAK BOLEH BALIK RUMAH jugak!!
  3. Lecturer suka-suka hati dia nak buat kelas bila..suka-suka hati nak batalkan kelas!!


Sepatutnya hari nie semua kelas da setel..tp disebabkan ade lecturer yang mengada-ngada batalkan kelas, kelas sambung lagi hari RABU and KHAMIS!!
DUA hari tu.....agak-agak lar wei..next week dah exam..
Memang aku bengang gila!!!

Kalau boleh menjerit, memang aku nak menjerittttttttttttttttttttttttt sekarang nih!!!!!!!!!!!!
Tapi nanti roommate aku cakap aku gila lah pulak....

Not a little..but very STRESSED!!!

Friday, 16 March 2012

10 Cara Mohon Maaf

Sebagai manusia biasa, kita tidak pernah lari dari membuat kesilapan. Kecil atau besar kesilapan itu, seharusnya disulami dengan kata-kata maaf yang datang jauh dari lubuk hati yang paling dalam dan ikhlas. Namun begitu, masih ada segelintir pasangan yang begitu tegar dan ego untuk melontarkan ungkapan maaf. Apakah mereka sengaja tidak ingin memohon maaf? Jika benar begitu, it's everyting mengemukakan 10 cara mudah menghulurkan MAAF! Selamat mencuba...


  1. Masak makanan kegemarannya dan berikan kejutan dengan menghantar makanan tersebut terus ke rumahnya.
  2. Coklet boleh menenangkan. Hadiahkan kepadanya tanda kamu mohon maaf dan semoga si dia mampu tersenyum.
  3. Bawa si dia ke tempat yang tenang agar anda dapat memohon maaf dalam keadaan yang lebih selesa.
  4. Imbas segala kenangan manis yang pernah anda miliki bersama si dia. Pujuklah si dia agar memaafkan anda demi kenangan manis yang pernah tercipta.
  5. Kad ucapan yang tertulis 10 sebab mengapa si dia perlu memaafkan kamu. Perkara pertama yang harus ditulis ialah anda amat mengasihinya selagi tidak melanggar hukum syarak.
  6. Bagi yang agak romantik dan meminati muzik apa kata anda dedikasikan sebuah lagu untuknya pada siaran radio kegemarannya. Lebih hebat jika anda mampu mendendangkan sebuah lagu untuknya, tetapi harus sedap di dengar. Jangan sumbang pula suaranya.
  7. Hantarkan sejambak bunga ke rumah atau pejabatnya serta selitkan sekali kad ucapan yang ditulis dengan kata-kata indah untuk memujuknya.
  8. Hantarkan sekeping nota kata maaf dan sekuntum bunga dihadapan rumahnya di awal-awal pagi sebelum si dia keluar dari rumah. Pasti si dia lembut hati melihat kesungguhan anda memujuknya.
  9. Tidak perlu hadiah yang berharga atau kad tetapi dengan kata-kata maaf serta ikhlas boleh melunturkan kemarahan seseorang.
  10. Berjanjilah pada si dia seikhlas hati kamu agar kesilapan sama tidak akan diulang. Mulakan hubungan itu dengan sebaik mungkin.

Modal Cinta

Dalam dunia nie tidak ada yang percuma. Melafazkan cinta mungkin hanya perlu bermodalkan air liur, tetapi untuk membinanya perlu lebih dari itu. Walaupun dikatakan ia cinta sejati dan cinta sehidup semati, seseorang itu tetap perlukan modal. Belum ada benda yang percuma begitu sahaja. Segalanya memerlukan pengorbanan.

BIL TELEFON
Setiap pasangan harus berhubung antara satu sama lain. Jika sebelumnya bil anda setakat dua tiga puluh ringgit, tetapi sudah dilamun cinta bilnya naik berganda-ganda. Mungkin anda boleh berjimat dengan menggunakan surat walaupun cara ini kelihatan terlalu 'klasik'.

TAMBANG
Bagi yang tidak ada kenderaan sendiri, tambang bas, teksi, komuter, LRT, dan monorel pasti akan bertambah. Manakala yang ada kenderaan sendiri pula, pastinya duit minyak akan melambung naik. Maklumlah, susah hendak ditolak permintaan si dia yang gemar ke sana ke mari. Hanya ada satu cara untuk menjimatkan kos, iaitu jalan jalan kaki tetapi kalau dibuat selalu, selepas ini anda mungkin akan berjalan seorang diri!

MASA
Kalau dulu anda mungkin banyak masa terluang. Boleh lepak seorang diri atau dengan rakan yang lain. Tetapi, sekarang terpaksa sediakan masa untuk si dia pula. Nak temankan si dia beli-belah, menonton wayang, bersiar-siar dan sebagainya. Pasti memenatkan!

PAKAIAN
Anda terpaksa keluarkan lebih belanja untuk membeli pakaian baru. Si dia tentu tidak suka kalau anda kelihatan selekeh atau ala kadar sahaja. Tambah pening apabila si dia mahukan anda berpakaian mengikut cita rasanya yang tinggi. Lebih runsing apabila si dia meminta anda membelikan pakaian untuknya pula.

KOS MAKAN MINUM
Jika dulu anda cuma makan seorang, tetapi sekarang sudah menjadi dua orang. Maknanya bajet pun bertambah. Nak jimat? Anda bolehlah bayar asing-asing setiap kali makan bersama atau bawa sahaja bekal dari rumah setiap kali pergi dating. Sesekali dicuba pasti romantis!

HADIAH
Setiap kali hari jadi dan ulang tahun percintaan anda berdua, sudah pastinya anda terpaksa menyediakan hadiah untuknya. Kalau diberikan hadiah yang murah mungkin si dia kurang suka, tetapi hendak diberikan hadiah mahal tidak mampu rasanya. Adakalanya bukan setakat hadaih sahaja yang mahu disediakan, malah kena juga belanja di tempat yang istemewa. Sememangnya memerlukan belanja yang banyak.