Tuesday 24 January 2012

Doa Untuk Kekasih

Ya Allah..
Seandainya telah engkau catatkan..
Dia milikku, tercipta buatku..
Satukanlah hatinya dengan hatiku..
Titipkanlah kebahagian antara kami agar kemesraan itu abadi..

Dan Ya Allah ya tuhanku yang maha mengasihi..
Seiringkanlah kami melayari hidup ini ke tepian sejahtera dan abadi..

Tetapi Ya Allah..
Seandainya telah engkau takdirkan..
Dia bukan milikku..
Bawalah ia jauh dari pandanganku..
Luputkanlah ia dari ingatanku..
Dan peliharalah aku dari kekecewaan..

Serta Ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti..
Berikanlah aku kekuatan..
Melontar bayangnya jauh ke dada langit..
Hilang bersama senja nan merah..
Agar bisa ku bahagia walaupun tanpa bersama dengannya..

Dan Ya Allah yang tercinta..
Gantikanlah yang telah hilang..
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah..
Walaupun tak sama dengan dirinya..

Ya Allah ya tuhanku..
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu..
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan adalah yang terbaik buatku..
Kerana Engkau maha mengetahui segala yang terbaik buat hambamu ini..

Ya Allah..
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku..
Di dunia dan di akhirat..
Dengarlah rintihan dari hambamu yang daif ini..
Jangan engkau biarkan aku sendirian di dunia ini mahupun di akhirat..


4 comments: