Thursday 3 November 2011

Cintai Ilmu

Ada lima tahap cinta. Pertama kepada ALLAH, kedua kepada Nabi Muhammad, ketiga kepada ibu ayah, keempat pada ilmu dan kelima kepada diri sendiri. Cintai ilmu terletak pada tahap keempat dalam hierarki 5 perkara yang mesti dicintai dahulu. Mereka yang tak ada rasa nak menyintai ilmu, kalau bercinta akan terkandas dan tewas. Mana taknya, tak ada ilmu, tentulah terkandas.

Orang ada ilmu taklah terkandas. Ada ilmu Sains misalnya mesti tahu bahawa hubungan seksual boleh menyebabkan kelahiran dan jika dilakukan dalam keadaan yang haram, ilmu agama beritahu itu dosa, ilmu kemasyarakatan pulak kata, kalau dah gitu tak mustahil gugurkan anak atau buang anak, sampai ada budak sekolah terbersalin dalam tandas.

Orang ada ilmu dia tak akan buat perkara-perkara salah. Kalau dia buat juga, itu terbuat tak sengaja ataupun dalam keadaan darurat, selebihnya memang dia dapat mengawal diri.

Nak berilmu? Tak reti-reti nak baca buku? Nak dapat ilmu macam mana lagi kalau tak nak membaca. Boleh pergi kelas, tapi berapa ramai sangat yang pergi. Kalau dah tua-tua, dah kerja, apa benda pun susah nak masuk. Melalui TV boleh, tapi berapa ramai yang tengok Hindustan lebih banyak daripada National Geographic? Pasal tulah membaca buku jangan diabai.

Tapi janganlah sampai over pulak. Di Birmingham, seorang pemandu bas baca novel sambil memandu. Dirakamkan seorang penumpang, lalu kena buang kerja. (Agensi 22 April 10).

Kalau iya pun janganlah over. Mentang-mentanglah kempen galakan membaca, takkan sampai memandu pun nak membaca. Kalau nak baca juga, ha baca aje apa-apa surah yang anda faham, tentu untung. Nie satu surah pun payah nak hafal. Beli CD dan dengar CD tu hari-hari, mesti boleh hafal punya nanti.

motivation untuk time-time nak exam macam nie..^^





Jom Menyerlah ; DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

No comments:

Post a Comment